<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/5160691814388452265?origin\x3dhttp://ainforever.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script> <body bgcolor="black"> skin by aMIDala anastAsiaNA



Tuesday, April 14, 2009

Aku tidak mengerti mengapa aku harus mengingatinya lagi walaupun telah banyak yang aku lakukan untuk melupakannya? Aku benci dengan keadaan yang menyukarkan aku untuk melupakan kepedihan yang telah meranapkan segala harapanku untuk mempercayai kewujudannya. Aku akur dengan ketentuan-NYA namun aku hanya berharap agar aku dapat melupakan segalanya biarpun parut luka masih bersisa lagi.
Aku cemburu dengan kebahagiaan orang. Alangkah indahnya kalau aku tidak pernah peduli dengan segala yang berlaku dan tidak menyerah dengan emosi yang tidak dapat kukawal. Kadangkala perasaan ini yang aku alami ini bagaikan satu mimpi atau lebih tepat lagi sebuah persinggahan. Begitu pantas sekali perasaan itu hadir dan pergi. Biarlah! Hanya aku sahaja yang boleh mengerti perasaan yang hadir dan pergi.
Aku marah dengan diriku sendiri kerana terlampau mengikut perasaan. Lelaki tak akan pernah menyukaiku. Mereka hanya berbohong. Aku sudah muak. Muak dengan segalanya. Benci ! jangan pernah hadir di dalam perasaanku lagi.Kalau segalanya semudah yang kusangkakan, pasti aku sudah melupakannya.
Aku
benci! Benci! Benci! Aku sendiri tidak ingin tahu berapa lama lagi aku harus menahan perasaan yang tak menentu ini.

Another entry @ 5:44 AM