<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/5160691814388452265?origin\x3dhttp://ainforever.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script> <body bgcolor="black"> skin by aMIDala anastAsiaNA



Friday, November 27, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA!
Aku masih mencari erti pengorbanan yang sebenarnya. Pengorbanan kepada keluarga?
Tetapi, pengorbanan yang tertinggi adalah pengorbanan kepada hawa nafsu yakni melepaskan segala hawa nafsu. Adakah aku sudah bersedia untuk melupakan segala hawa nafsu ku? Kadangkala, aku terasa sangat berdosa sekali? Apakah aku layak untuk ke syurga-NYA? Aku masih banyak kekurangan dalam diri.
Aku menonton cerita, 'Yassin Terakhir' semalam dan dialognya sangat memberangsangkan.
'Kita kena tahu siapa diri kita, baru kita akan kenal yang hidup itu dan barulah kita mengenali diri kita yang sebenar','Yang hak mesti kembali kepada yang hak,sesungguhnya kita di dunia ini tidak ada hak.'
Kata-kata ini membuat aku terfikir sejenak. Apakah ertinya sebenarnya dan aku masih belum mengerti kerana aku tidak kenal siapa diri aku sendiri. Aku sentiasa dalam kekeliruan kerana aku masih belum ingin melepaskan segalanya yang aku tahu banyak menghasutku. Aku ingin insaf. Aku ingin bersedia untuk ke syurga-NYA kerana aku tak sanggup untuk pergi ke neraka-NYA.
Wahai muslimin dan muslimah, apakah jati diri kamu? Dalam sehari, berapa banyakkah kau mengingati ALLAH?

Another entry @ 1:36 AM