Wednesday, March 24, 2010
Angin malam menyapaku dengan lembut,
membelai aku agar usah terus merindu,
Lalu ku kirimkan kata rindu pada angin malam
Agar angin malam menyampaikan kata rinduku padamu.
Aku sering terbayangkan kisah kita andai kita ada jodohnya kelak. Aku masih menanti agar perasaan rinduku pudar dengan sendirinya namun aku masih merinduimu tiap saat. Aku jadi malu dan sedih kerana aku merinduimu. Aku ingin lebih merindui ALLAH kerana dialah PEMILIK CINTA namun aku lalai dengan perasaanku dan terus merinduimu walau aku tahu yang kau sudah tidak mengingatiku. Aku ingin berganjak pergi dan melupaimu namun setiap kali aku melafazkan aku ingin melupaimu, semakin kerap wajahmu terbayang di hatiku. Aku sedar yang aku bukan milikmu malah aku bukan milik sesiapa kecuali milik-NYA.
♥ Another entry @
6:55 AM