<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/5160691814388452265?origin\x3dhttp://ainforever.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script> <body bgcolor="black"> skin by aMIDala anastAsiaNA



Sunday, March 28, 2010

Aku cuba untuk hidup dalam gaya hidupmu,
aku cuba menerima segala gurauanmu,
aku cuba menyelam peribadimu,
namun aku tahu,
aku tidak mampu

Aku tidak mampu untuk mengubah perasaanku. Aku sentiasa tertanya adakah perasaanku ini suci atau hanya nafsu yang inginkanmu. Aku tidak mahu terbawa dengan nafsu yang membuatku tidak bermaruah namun aku tidak mampu melawan perasaanku. Aku hanya ingin menatapmu dari jauh kerana itu membahagiakanku. Aku tidak ingin berhubungan denganmu kerana itu lebih menyesakkanku namun hatiku sering meronta-ronta ingin mendengar suaramu walaupun hanya sapaan kosong.

Aku mendongak ke langit mencari sesuatu,
aku terus mencari sesuatu itu,
dan aku temui sesuatu,
namun yang kudapatkan hanya sapaan angin malam itu.

Aku menghirup angin malam dan membiarkannya menyapa rambutku dengan lembut. Aku terasa sangat nyaman dengan belaian angin malam yang menyegarkan. Rindu di hatiku terubat dengan perlahan- lahan. Aku dapat melepaskan rindu yang menyesak jiwaku dengan tenang dan aku mampu melupakan dirimu dengan perlahan. Aku akur dengan takdir kerana aku tidak mampu melawan takdir. Aku ingin melepaskan rinduku kerana aku masih menyintaimu. Namun aku harus pergi jauh darimu jika aku ingin melupakanmu. Oleh itu, aku ingin pergi. Aku dapat merasakan bahawa kau jua menyayangiku namun hatimu masih tidak bersedia dan itu juga apa yang aku rasakan. Aku tidak ingin terbelenggu dalam percintaan. Bagiku, melihatmu adalah satu kebahagiaan.
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Salam sayang,
♥ AiN ♥

Another entry @ 11:42 PM